Thursday 18 June 2015

PERTANDINGAN & REVIEW NOVEL PUDINA CINTA | A.DARWISY



REVIEW NOVEL PUDINA CINTA


Jalan-jalan dekat PBAKL yang penuh dengan manusia tu, masyallah, sabar je. Dalam sibuk2 ushar buku tetiba ternampak satu novel colour hijau, comel je. Dah la my favourite colour hijau tu. Adoiii! Melting terus. Ambil novel tu,tengok penulis,A.Darwisy, erk! Lelaki ke perempuan? Ahhh! Abaikan lah, then baca sinopsis, what?! Rabunah nama heroinnnye,what a classic name, saya dah terkekek-kekek gelak kat situ (sambil cover la dengan tangan) dalam hati, this novel will be my favourite novel and must be interesting story. Then dengar ada siapa entah cakap, yang penulis novel ni ade kat sini, saya pun dengan semangatnya pergi bayar then pergilah mencari beliau di meja penulis tu,nak minta signature,sekali tengok beliau sudah tiada di meja(sedih), dah balik kot, takpun rehat.. hmmm redha je lah, tiada rezeki. Sampai rumah balut, then baca. Semalaman, lebih kurang pukul 12 tengah malam sampai 5 pagi saya menelaah novel ni, phewww~ kalau exam buat macamni confirm lulus dengan cemerlangnya. Hahaha
Dah baca tu, Rabunah, future dentist, my second choice after medic. Huuuuu~ bertambah excited nak baca. Rabbuna yusahhil, orangnya seindah namanya,, masa baca novel ni, saya lah konon-kononnya si Rabunah ni. Hehehehe, biasalah, imaginasi terlebih kan,,, bagi saya kehidupan Rabunah ni dah perfect, ada abang yang kacak( sobsobs, saya teringin sangat nak ada abang, Sobsobs.) ada parents yang memahami,kawan-kawan yang baik, Haaaa, partner sehidup semati yang handsome+kacak+gorgeous ( okayyy, melampau sangat description kehenseman doktor Ally, hahaha) 
Doktor Ally, lelaki yang so sweet tahap potong kaki, kihkihkih nak luahkan perasaan pun, guna bahasa Jepun, nasib la saya faham bahasa Jepun tu sikit-sikit, kalau tak saya pun blurr macam Rabunah, haila, ally…ally.. nasib baik sweet . mihmihmih
plus watak antagonis, si Natasha Giselle tu, ohmy! Natasha, my name, hukhukhuk spoil mood, jadi jahat pula, inche penulis, sampai hati awak… kuang3 

ohyess, saya tak pandai buat review actually, saja cuba-cuba, buat bakal pemilik novel ni, kalau anda terlihat review saya ni, anda jangan lupa untuk membelinya, kerana novel ini bukan sekadar novel cinta biasa, novel ni mengandungi banyak pengajaran dan nilai-nilai murni yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian, nak senaraikan pengajarannya mungkin boleh buat karangan SPM, muahaha , jadi nasihat saya dapatkan novel ni dan bacalah dengan mata hati, ada sesuatu untuk anda yang ditinggalkan inche penulis, karya ini bukan karya cintan-cintun semata-mata. Sangat sesuai dengan tagline penulis ni, SPREAD LOVE AND IMAN. Walaupun bukan dikelaskan sebagai novel islamik(sorry inche penulis), tapi memang tak boleh dikelaskan sebagai novel islamik sebab novel-novel islamik ni menekankan banyak aspek keagamaan,dan percintaan yang ke arah ketuhanan, means based on syariat. So agak berat untuk cik otak ni mengunyah dan menghadam isi kandungannya, perhatian harus diberi 123%. Berlainan dengan Pudina Cinta , saya ambil masa lebih kurang 5 jam sahaja kerana ia lebih santai dengan konsep cinta menurut islam yang lebih mudah difahami. Serius,bahasa yang digunakan memang santai dan sesuai untuk semua golongan. Plot cerita sangat baik dan menarik dengan diselitkan keletah nakal si kepohchi syazni , cerita fasal abang Rabunah dan kawan-kawannya, dengan Natasha Giselle yang cuba menawan hati doktor Ally dengan ilmu hitam. Cerita ni kira balance lah ada baik dan jahat, tidaklah bosan kalau baik, baik je memanjang sampai terfikir ada lagi ke manusia baik macamni kat dunia ni, sama jugak kalau jahat. Tapi,,ada tapi ni, saya mula-mula keliru dengan watak Puan Deborah dengan Puan Zahlia, Ally dan Dzulkarnain. Saya ingat orang yang sama tapi saya tak dapat cari perkaitan itu, baca ulang-ulang, at the end perkataan tamat tu, saya baru faham, hehe fuhyooo! Inche penulis buat otak saya bekerja keras malam tu. Huhuhu Tahniah!

overall, novel ni memang superb, kalau nak bagi bintang, 11 bintang daripada 10 boleh, (okay, over di situ) kihkihkih
Nak bagitahu satu rahsia ni, saya baru tahu A. Darwisy ni lelaki. First impression, kagum,lelaki boleh tulis novel genre komedi romantik macamni. sebelum ni tak berapa nak beli sangat kalau author lelaki ni. hehehe Apapun tahniah kepada inche penulis, sebab karya inche penulis dah jadi one of my favourite , and you inche penulis dah jadi one of my favourite author… bolehkan? *kelipkelipmata* sebab novel ni juga, saya dah ketagih dengan mint, semua benda nak mint, tapi masih under control, taklah nak gaduh dengan adik-adik macam Rabunah gaduh dengan Cajeni, kuikuikui, saya kan dah besar, future doctor lagi, takkan nak gaduh-gaduh kennn… muahahaha 
grin emoticon

sekian saja review saya untuk novel terbaikkkk kebabommm ini. 
smile emoticon




No comments: