Friday 10 July 2015

Novel Terbaharu | Awak Ni Hantu Ke?



Salam.

Selepas novel seram Kala Senja Dia Datang dan Jangan Biar Dia Masuk, insyaAllah bulan Oktober ini akan menemui kalian semua, sebuah lagi naskhah seram daripada nua berjudul Awak Ni Hantu Ke?

Kalau hendak bandingkan ANHK dengan KSDD ataupun JBDM, rasanya tidak sesuai kut. Sebab ANHK adalah seram yang suka sekali nua kaitkan sebagai seram ala-ala Walt Disney. Nua rindu pada cerita seram yang satu keluarga boleh tonton dan kita sama-sama rasa teruja, macam nak masuk dalam cerita dan jadi sebahagian daripada pengembaraan mereka. 

Dapat tak apa yang cuba nua sampaikan? Hehe. 

Kiranya...macam kita tengok cerita seram Hollywood Walt Disney yang buat kita rasa takut dan terhibur dalam satu masa yang sama. That kind of feeling, the excitement... itulah yang nua cuba bawa dalam ANHK kali ini. 


Mari nua ceritakan ANHK ini bagaimana pengkisahannya secara ringkas...

Latarnya di sebuah taman perumahan. Ada sebuah keluarga tinggal di taman ini dan mereka tidak tahu urban legend tentang kejiranan di kawasan itu. Sehinggalah suatu hari, anak kepada pasangan suami isteri ini mendengar cerita tentang rumah sebelah yang mereka diami ini berhantu. Budak perempuan ni dapat tahu dari sekolah dia. Kawan-kawan dia sibuk bercerita tentang video rakaman cctv yang kononnya ada kelibat hantu di rumah tu.

The story starts here!

Budak perempuan ni jenis takut-takut berani. Dia nak pastikan sama ada rumors tu betul atau tidak. Mulalah dia cari pasal nak selidik rumah sebelah kosong dia tu. Cerita mat saleh kan selalu cari pasal macam tu. Buat tak tahu kan senang. Ini tetap nak menyelidik bagai. Haha.

Dan hasilnya...yes, the house is haunted!

Kau gila nak buat biasa-biasa aje bila tahu rumah sebelah kau tu berhantu? Ha, camtulah perasaan budak perempuan tu. Seram sejuk kut.

Tup-tup datang sebuah keluarga pindah masuk ke rumah sebelah yang dah lama tak ada orang duduk sebab urban legend tu. Tapi peliknya, keluarga ni rileks aje. Macam tak ada apa-apa benda yang menakutkan dorang pun. Budak perempuan ni ala-ala konfius gitu. Hantu ke apa dorang ni?

The spooky part comes when budak perempuan ni terpaksa tumpang tinggal bermalam di rumah jirannya itu bila out of sudden, orang tua dia terpaksa pergi luar negara. Budak ni berkeras nak tinggal sendiri tapi orang tua dia tetap suruh tinggal dengan keluarga yang diami rumah sebelah tu atas sebab keselamatan. 

Ha, kat sini pengembaraan seram budak perempuan ni bermula. Bila dia kena kacau teruk dalam rumah tu sampai demam. Dan bila dia selidik asal rumah tu, memang ada kejadian orang mati kena bunuh. Lagi dia menyiasat, lagi budak perempuan ni hendak tahu cerita sebenar dan bersemangat nak rungkaikan apa yang berlaku. 

Persoalannya, rumah tu ke berhantu? Keluarga yang baru pindah masuk tu ke yang hantu? Atau budak perempuan tu sebenarnya hantu dah lama mati tapi dia tak sedar? Pitam uols.

Dan semua rasa teruja, debar, saspen dan pening-pening lalat ni nua masukkan dalam ANHK ini.

InsyaAllah menarik ceritanya sebelum menantikan Sumpah Jundai Ningsih : Saga 2 Jangan Biar Dia Masuk tahun hadapan. Kita bagi lite-lite dulu eh.

Nanti nua buka pre-order untuk ANHK ni.

2 comments:

Mazlina said...

best3...x saba rasenye nak tunggu bulan 9

pezol said...

mac best,nak kena beli satu ni kikiki