Banyak sebenarnya perkongsian teman-teman yang menitip rasa di kantung mesej sesudah menekuni novel Jangan Biar Dia Masuk. Ada yang mahu berbicara secara privasi, ada juga yang selesa untuk nua kongsikan dengan semua. Seperti contoh...di entri ini. [KLIK]
Selain pembaca, editor saya sendiri yang mengedit cerita ini juga ada pengalaman mistik tentang gamelan. Jadi, bila dia edit...saya percaya dia dapat rasa perasaan dan jiwa cerita ini.
Ini pula pengalaman seorang pembaca bernama Puan Erimawati yang mirip sekali dengan babak Maya dan Haris di Istana Budaya dalam JBDM.
Ini masa kak Emma belajar gamelan. Kak Emma yang bertudung hitam. Kak Emma memang minat muzik dan tarian tradisional selain teater. Dengar irama gamelan mmg terbuai-buai perasaan terutama kalau lagukn tarian kuda kepang. Masa ikut kursus budaya, sewaktu berlatih cantik aje, berkali-kali ulang pun seragam aje bunyinya. Sekali bila malam show, awal-awal aje okey tapi bila dah tengah-tengah terus sumbang mambang.
Ada satu alat yang dimainkan
laju dan terabur tapi tak pasti siapa yang salah timing, sebab kalau tengok
gerakan tangan cantik aje semua. Sudahnya, masing-masing gelabah, cepat-cepat matikan
lagu. Bila show group kebudayaan kat kampung tu yang main, mula-mula cantik
tapi bila penari baru nak masuk set, tiba-tiba aje bonang yang besar tu terbang
ke bawah set.
Dengar suara menjerit
kemudian pemain gamelan histeria dan pengsan. Dalam 10 minit sambung balik main
gamelan dan kuda kepang, step penari dah mula terabur sebab takut. Tapi bila
dah separuh jalan, masing-masing dah buat step sendiri sebab khayal dengar lagu
gamelan tu, sampai dengar bunyi cemeti kuda, barulah kami kira step balik dan
buat sampai habis.
Masa kak Emma tengok show
live group profesional, siap ade jampi-jampi. Menurut cikgu yang mengajar gamelan
dan kuda kepang, kita boleh belajar semua tu tapi jangan terlalu larut. Mesti
ikut step dan kiraan dan jangan sesekali disertakan dengan benda-benda khurafat
macam jampi atau bakar kemenyan.
Tapi serius, kalau dengar
muzik kuda kepang terutama live gamelan mmg meremang! Spontan aje kepala dan
badan ikut muzik, mungkin sebab terlalu minat.
Di Istana Budaya
(IB), kak Emma pernah buat show di sana bawah kerajaan Johor, tajuk Muzika
Dato' Onn. Kumpulan kedua masuk panggung setelah keris sang puteri rasmi IB.
Masa raptai penuh, kak Emma tak dapat masuk satu scene sebab tersesat.
Padahal
berkampung di IB dekat 2 minggu, mustahil boleh sesat. Kak Emma jadi pelakon
ganti beberapa hari (ganti pelakon yang kurang sihat), kena pergi sorang diri
ke bilik persalinan untuk tukar baju sebab scene dekat-dekat. Bila dah tukar
baju, masuk lif nak standby tepi pentas tapi bila keluar tengok tu ruang nak menuju
ke luar panggung. Masuk lif balik tekan lagi tapi dah tak ingat tingkat berapa
nak ke ruang tepi pentas tapi bila keluar lif, ke tingkat sebelah bawah dari
tempat salin baju. Peliknya, bukan banyak pun tingkat tapi entah kenapa asyik
salah floor.
Dada dah nak
pecah dah, tapi masa tu tak fikir takut pun. Cuma fikir scene dah nak dekat aje
takut tak dapat masuk set. Mujurlah lepas tu ada pelakon masuk lif dari floor
bilik solek. Dia tekan punat lif. Bila terbuka, tuju tepi pentas padahal
tingkat sama yang kak Emma tekan mase sorang-sorang tadi. Memang ngam-ngam sampai
terus keluar pentas dengan termengah-mengah berlari keluar masuk lif.
Alhamdulillah, kawan
penari yang sakit tu pegang semula watak dia lepas raptai penuh tu. Sebenarnya,
bukan IB aje, mana-mana pentas kesenian di semenanjung, mesti ade kisah mistik
yg kami telan sendiri dan tak hebohkan.
Cerita JBDM memang best. Sukanya bila ayat-ayat puitis muncul
di sana sini terutama masa zaman tiga Ambar tu. Moga terus sukses di masa
hadapan!
No comments:
Post a Comment