Thursday 18 June 2015

FARAH AIN & LIYANA HAMID | REVIEW NOVEL CINTA BIAR MEREKA CEMBURU | A.DARWISY


Pertama sekali, terima kasih sangat sangat dekat penulis Anuar Darwisy. Buku buku ni dah sampai hari Ahad. Saje tak bagitau sebab nak baca buku tu. Time bukak memang terkejut lah. Kenapa ada berus gigi morning kiss ubat gigi mukmin, menara eiffel dengan scarf tu. Bila baca cover pudina cinta baru tahu kenapa ada berus gigi and ubat gigi. Tapi lagi dua tu tak tahu kenapa. So baca lah Biar Mereka Cemburu. Wahh 10 markah. Setiap part ada sebut tentang agama. Ada yang tahu. Tapi kebanyakkannya ilmu baru. Korang nak tahu tak? Buku Biar Mereka Cemburu ni best untuk jiwa anak muda ni. Dah la ayat catchy habis. Cerita tentang cinta. Tapi cinta bersyariat. Cinta yang mendorong kepada seseorang tu menyunting bunga secara halal. Memang couple couple tu tak digalakkan lah. Siap hadis, cerita Nabi semua ada lah. Dari kehidupan single, keluarga, semua ada ilmu agama yang diselitkan. Ilmu agama yang membawa kita ke jalan Allah dan menuju ke syurga. InsyaAllah. Ha, lepas baca novel ni baru tahu kenapa ada eiffel tower and scarf tu. Yang bestnya 14 Julai Hari Kebangsaan tu tarikh lahir fara. Memang suka ah dapat eiffel tower tu. Haha. Novel ni memang best. Bukan setakat melayan jiwa anak muda dengan cinta, tapi dibelai dengan ilmu agama. Sila dapatkan novel novel ni daripada Anuar Darwisy ! 


Baca ayat dalam novel ni, perangai macam Anuar Darwisy. Haha. Eh. Ewah. Wah. Ha ha ha. Semua sama. Yela, tu penulis dia kan.

Thanks a lot Anuar Darwisy. Thanks for the gift and semua input berguna 
smile emoticon




Alhamdulillah haul juga akhirnya BMC ni..memang cemburu dengan mereka..hisy..haha..tp moral of the storynya "kita perlu ambil berat CEMBURU ALLAH lebih dari CEMBURU manusia.."


Banyak benda dapat belajar dari BMC ni..dari sastera,kisah2 Nabi,penghayatan alam,ilmu fotografi, sejarah2 Islam dan tempat bersejarah di Paris.. Banyak juga pengetahuan am yang dapat dikutip sepanjang pengembaraan BMC ni..rasa diri ini seakan-akan bersama dengan watak2nya.. Siap dapat tengok n rasa lak tu tempat yang mereka pergi..Haha..hantu imaginasi betul! Siap feeling mcm tgh tgk drama Korea 49 days tu..Hehehe.. 

Sesiapa yang tak pernah baca tu disarankan baca sebab setiap inci intipatinya berguna..siap ada nasihat lagi..yeah! 

40% sedih, 50% konflik, 50% keluarga, 60% cinta [merangkumi cinta kepada Allah,cinta kepada Rasul,kasih sayang sahabat,ibu bapa dan juga keluarga..complete semua ], 60% lucu 

Kalau review ni markah dia 10 memang layak Biar Mereka Cemburu dapat markah penuh (10 markah) Yay!! BMC pencuri hati..Ngee 
wink emoticon


P/S : "Life is like a short train ride"

No comments: